Gaya renang kuak kupu-kupu merupakan gaya yang sukar dilakukan kerana gaya ini melibatkan beberapa cara yang jarang dilakukan. Hal ini kerana badan akan berada dalam keadaan gerak mengombak dan berakhir dengan tendangan dorongan atau dikenali sebagai ‘Dolphin Kick’. Kuak ini dilakukan dimana lengan akan menghayun dengan serentak manakala kaki akan tendang mendorong atau dipanggil sebagai ‘Dolphin Kick’.
Ø Posisi badan
o Dalam fasa pemulihan, posisi badan akan selari dengan kaki dan tangan.
o Apabila pergerakan tangan dan pergerakan kaki bermula, badan akan berada dalam posisi tidak menentu iaitu badan akan bergerak dalam keadaan mengombak.
o Dalam gaya ini, pinggul memainkan peranan dalam menghasilkan rintangan iaitu semasa teknik tendangan dorongan atau ‘Dolphin kick’ dilakukan.
Ø Pergerakan Kaki
o Dalam gaya kuak kupu-kupu, teknik tendangan dorongan atau ‘Dolphin kick’ akan digunakan untuk menghasilkan rintangan ke hadapan dan bergerak melalui air.
o Kaki perenang akan sentiasa diapait bersama dan bergerak serentak. Ia berlaku dalam gerakan pukulan kebawah dan pukulan ke atas dimana lutut akan berfungsi sebagai pengunci bagi tendangan manakala bahagian tapak kaki berfungsi sebagai penghasil dorongan ke hadapan.
Ø Pergerakan tangan
o Dalam gaya kuak kupu-kupu ini pergerakan tangan adalah serentak di atas permukaan air.
o Pergerakan tangan bagi kuak kupu-kupu adalah sama dengan pergerakan tangan di kuak dada dimana bahu akan berada di atas permukaan air manakala bahagian lengan akan bertindak sebagai penghasil rintangan ke hadapan.
o Tetapi dalam teknik ini, siku akan berada di atas permukaan air semasa teknik penarikan ke dalam atau kebelakang. Di sini siku berperanan sebagai pengunci bagi pergerakan tangan.
o Seterusnya, fasa pemulihan dilakukan dimana tangan akan terus menolak kehadapan apabila bahagian lengan yang menarik ke dalam berada pada paras dada.
Ø Fasa Pernafasan
o Dalam kuak kupu-kupu, fasa pernafasan bermula apabila tangan mula menarik ke dalam atau kebelakang.
o Kepala perenang akan berada di atas permukaan air untuk mengambil nafas.
o Teknik pernafasan dilakukan dimana perenang boleh bernafas melalui hidung dan mulut.

No comments:
Post a Comment