Kuak Lentang


Kuak lentang adalah gaya renang yang beritma. Teknik ini sering dipelajari oleh perenang baru kerana pernafasan dalam kuak lentang adalah mudah dan memerlukan keapungan atau floating yang baik. Kuak lentang merupakan gaya yang mudah berbanding dengan gaya yang lain kerana kedudukan kepala perenang berada di permukaan air berbanding dengan gaya bebas yang mana muka perenang berada dalam air dan memerlukan teknik pernafasan dan teknik tangan yang sesuai.

Ø  Posisi badan
o   Dalam kuak lentang, perenang harus berenang melentang dengan badan hampir mendatar di bawah permukaan air manakala kepala hendaklah mamandang ke atas dimana dagu akan diangkat sedikit ke atas agar tidak ditelenggami air.
o   Selain itu, bahagian pinggul harus ditinggikan ke atas permukaan air untuk tujuan keapungan semasa melakukan gaya kuak lentang.

Ø  Pergerakan kaki
o   Dalam kuak lentang, pergerakan kaki penting kerana ia membantu dalam keapungan serta keseimbangan badan dalam air. Hal ini kerana, jika kaki tidak bergerak, badan akan tidak seimbang seterusnya tenggelam.
o   Pergerakan kaki dalam kuak lentang adalah berselang seli ke atas dan ke bawah seperti pergerakan gaya bebas tetapi dalam keadaan badan menghadap ke atas.
o   Pergerakan kaki ini menggunakan tenaga dari paha serta kedudukan kaki akan menjadi rapat ketika melakukan pergerakan.
o   Dalam kuak lentang, pergerakan kaki berlaku dalam air bagi menghasilkan rintangan tanpa menghasilkan kocakan yang kuat pada air.

Ø  Pergerakan tangan
o   Dalam kuak lentang, pergerakan tangan akan bertentangan antara satu sama lain. Sekiranya tangan kanan menghayun, tangan kiri akan berada dalam keadaan pemulihan dan setelah tangan kanan mencapai ke paha, tangan kiri akan terus menghayun bagi menghasilkan penolakan.
o   Dalam kata lain, kedudukan tangan hendaklah diubah bertentangan dengan kedudukan ketika tangan memasuki air dan tangan yang dikeluarkan dari air.

Ø  Fasa pernafasan
o   Oleh kerana muka berada di permukaan paras air, maka fasa pernafasan adalah mudah.
o   Dalam fasa ini, dagu hendaklah naik sedikit ke atas permukaan air dan bahagian dahi akan tenggelam separuh manakala telinga akan dimasukkan ke dalam air.

No comments: