Ice Recovery


Di England terapi ais digunakan oleh pakar physiotherapiest untuk memulihkan ahli sukan yang keletihan. Terapi ais digunakan untuk mempercepatkan pemulihan badan daripada keletihan dan menyembuhkan kecederaan.Dengan hanya berendam di dalam ais selama lima hingga 10 minit, kesejukan ais itu boleh melancarkan perjalanan darah di kaki ataupun bahagian yang mengalami keletihan. Selepas 10 minit akan terasa kaki berpeluh atau hangat dari dalam dan terasa ringan serta hilang kesakitan. Semasa berendam, darah yang membawa oksigen akan banyak dibawa mengalir ke otot kaki dan bahagian lain badan untuk menolak asik laktik dan mengeluarkan toksin di dalam darah yang menyebabkan keletihan. Biasanya mandi ais diamalkan oleh pemain ragbi semasa perlawanan Rugby World Cup, selepas menjalani latihan. Mereka mengamalkan mandi ais untuk membantu otot sentiasa kekal segar dan mengelakkan kecederaan.


No comments: