Kuak Dada


Gaya renang kuak dada merupakan gaya renang pertama yang dipelajari oleh ramai perenang baru. Hal ini kerana mereka berenang dengan kepala mereka berada di permukaan air. Gaya ini popular dalam rekreasi, renang berjarak dan selalu digunakan oleh penyelamat untuk menyelamatkan mangsa lemas. Gaya ini juga merupakan gaya yang paling lambat berbanding dengan gaya-gaya lain.

Ø  Posisi badan
o   Gaya kuak dada merupakan gaya dimana posisi badan sentiasa berubah-ubah.
o   Dalam gaya kuak dada, kepala selari dengan badan. Apabila hendak bernafas, posisi badan akan cenderung ke bawah dan kepala akan naik keatas.

Ø  Pergerakan kaki
o   Dalam fasa pertama, keadaan kaki adalah selari dengan badan, tertutup dan buku lali akan bertemu antara satu sama lain.
o   Seterusnya, kedua-dua bahgian lutut akan ditarik ke hadapan.
o   Selepas itu, semua bahagian kaki akan ditolak ke belakang untuk menghasilkan dorongan. Semasa teknik menolak tersebut, kaki akan terbuka ke bahagian kiri dan kanan.
o   Teknik dikenali sebagai tendangan katak atau ‘Frog Kick’ kerana pergerakan kaki dalam gaya kuak dada adalah sama dengan pergerakan kaki katak dalam air.

Ø  Pergerakan tangan
o   Dalam gaya kuak dada, tangan akan sentiasa berada dalam air. Hal ini kerana, berenang gaya kuak dada merupakan pertandingan dimana tangan hanya akan berada dalam air untuk menghasilkan rintangan dan kelajuan.
o   Pada fasa pemulihan, tangan akan melujur kehadapan selari dengan kepala.
o   Selepas itu, posisi tangan akan berada dalam keadaan ‘Y’ dimana tangan akan bersedia menarik ke belakang. Dalam fasa ini, bahu akan mula naik ke permukaan air.
o   Semasa fasa penarikan, hanya bahagian lengan yang akan menuju ke belakang manakala kedua-dua siku akan sentiasa berada dengan permukaan air.
o   Apabila bahagian lengan menarik ke belakang, pastikan lengan akan sampai ke bahagian dada sebelum melakukan fasa penolakan.
o   Apabila tangan sampai ke bahagian dada, kedua-dua tangan akan masuk ke dalam dan menolak kehadapan dalam keadaan selari seperti yang berlaku dalam fasa pertama.

Ø  Fasa pernafasan
o   Dalam gaya kuak dada, teknik pernafasan merupakan teknik yang senang dilakukan. Ini kerana seluruh kepala akan berada di atas permukaan air semasa melakukan teknik pernafasan dimana perenang boleh bernafas melalui hidung dan mulut.
o   Teknik pernafasan akan dilakukan semasa fasa penarikan tangan kebelakang dimana mata akan memandang ke permukaan air.

Ø  Kesalahan-kesalahan dalam kuak dada.
o   Semasa teknik pernafasan, mata memandang ke hadapan atau di atas dimana ia akan mengakibatkan sakit di bahagian leher.
o   Semasa teknik penarikan, seluruh tangan menarik ke belakang dimana ia akan mengakibatkan kesakitan pada bahagian bahu.
o   Semasa melakukan tendangan iaitu perenang hanya menggunakan lutut yang boleh melambatkan perenang semasa berenang. Tendangan hendaklah dilakukan dengan seluruh kaki.

No comments: