Gaya renang kuak rangkak merupakan gaya yang pantas kerana ia merupakan gaya yang paling senang dan cekap berbanding gaya-gaya lain. Ini kerana posisi badan dalam gaya kuak rangkak diselaraskan dengan dorongan tangan dan kaki. Dalam kata lain ia melibatkan pergerakan tangan kehadapan secara selang-seli dengan pergerakan kaki yang berterusan. Untuk teknik pernafasan badan hendaklah selari dengan permukaan air dengan kepala mendongak ke sisi.
Ø Posisi Badan / Rintangan
Keseluruhan posisi badan dalam gaya kuak rangkak adalah selari dan rata di atas permukaan air dan kepala dongak sedikit selari dengan badan. Posisi kepala haruslah sesuai dan berubah untuk membolehkan kedua-dua kaki selari dengan permukaan air. Tujuannya ialah bagi mengurangkan rintangan hadapan ketika berenang dengan gaya kuak rangkak dan seterusnya menjadikan badan semakin laju kehadapan dan lancar.

Ø Gerakan kaki
Gerakan kaki biasanya digerakkan dengan tendangan atas dan bawah melalui kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dimana ia menghasilkan kestabilan tekanan semasa berada di permukaan air. Tendangan kaki di dalam air juga menyebabkan pergerakan menjadi lurus dan tegak. Tetapi jika tendangan kaki melebihi 30 cm akan menyebabkan rintangan hadapan terhasil dan memperlahankan kelajuan renang. Apabila kaki berada dalam keadaan lurus di permukaan air, ia boleh mengurangkan rintangan dan meningkatkan kelajuan renang.
Ø Pergerakan Tangan
Untuk kuak rangkak bahagian lengan dan tangan akan menghasilkan kayuhan utama. kedua-dua tangan hendaklah lurus dimana siku tangan perlu lebih tinggi daripada pergelangan tangan pada fasa memasuki air. Tarik tangan kiri atau kanan (mengikut dominan masing-masing) akan ke bawah sehingga pergelangan tangan menyentuh ke paha dimana ia akan menghasilkan tekanan untuk menolak air dan menghasilkan pergerakan yang menghasilkan pergerakan seret atau drag. Seterusnya, keluarkan siku tangan kiri atau kanan dari permukaan air dan bawa tangan tersebut lurus ke hadapan. Tujuannya adalah meminuimimkan rintangan. Setelah tangan kiri atau kanan lurus ke hadapan, tangan yang seterusnya akan melakukan perkara yang sama. Pergerakan ini berulang secara berterusan.
§ Fasa Pernafasan
Dalam kuak rangkak, pernafasan adalah faktor penting untuk menyambung pergerakan. Teknik ini memerlukan badan perenang dalam posisi sisi untuk menarik nafas melalui mulut. Semasa dalam posisi sisi, kepala dinaikkan ke kanan atau kiri (mengikut keselesaan) sehingga separuh muka keluar dari permukaan air dimana dagu akan menyentuh hujung bahu. Ketika menarik nafas, posisi badan hendaklah dikawal agar tidak terlalu pusing. Ia perlu dilakukan pada mula hingga akhir gerakan tarikan lengan.

Ø Kesalahan-kesalahan semasa renang
Muka berada di atas air – ia menyebabkan bahagian badan bawah akan turun ke bawah dimana ia akan mengurangkan kelajuan berenang. Lutut terlalu bengkok ketika kaki menghayun – ia akan menyebabkan badan tidak selari dengan permukaan air. Gerakan tangan – jika tangan tidak menguak penuh ia akan menyebabkan pergerakan badan ke hadapan akan menjadi sukar dan perlahan kerana tangan tidak dapat mengatasi rintangan air.

No comments:
Post a Comment