Pada tahun abad ke-dua puluh, renang merupakan aktiviti yang terkenal di Malaya pada masa itu. Pada mulanya, berenang merupakan aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat umum contohnya seperti nelayan. Selepas datangnya penjajah di negara ini, mereka melakukan banyak aktiviti-aktiviti yang tidak pernah atau jarang dilakukan oleh mereka seperti berenang. Tidak lama kemudian, ia menarik minat ramai rakyat terutamanya di semenanjung Malaya.
Oleh kerana minat yang mendalam terhadap berenang. Maka tertubuhnya kelab-kelab renang. Kelab renang pertama ditubuhkan di Malaya pada masa itu ialah Penang Swimming club yang ditubuhkan pada tahun 1903. Diikuti dengan Penang Chinese Swimming Club pada tahun 1928. Dua tahun kemudian, European Swimming Club ditubuhkan di Ipoh diikuti dengan Taiping, Kuala Lumpur, dan Kinta Swimming Club pada tahun 1936.
Akibat daripada kelab-kelab renang yang sangat aktif. Pada tahun 1931, sukan renang dinaikkan dengan pengelolaan the Malayan Chinese Olympiad dan di teruskan sehingga tahun 1937 dimana penyertaan kelab yang terlibat ialah dari Pulau Pinang, Perak, Johor dan Melaka.
Selepas itu, prestasi sukan renang di Malaya menurun akibat perang dunia kedua. Banyak kelab-kelab pada masa itu ditutup untuk tujuan keselamatan. Tetapi selepas perang dunia kedua, minat terhadap berenang dan kelab-kelab renang dipulihkan secara berperingkat kerana pada masa itu Negara masih dalam keadaan yang kurang stabil. Untuk meningkatkan prestasi sukan renang pada masa itu, banyak pertandingan dikelolakan di antara kelab-kelab renang Asia dari Singapura, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur. Tujuannya ialah untuk menarik minat masyarakat pada masa itu. Dengan itu maka tertubuhnya the Malayan Amateur Swimming Union pada tahun 1955.

Setahun selepas itu iaitu pada tahun 1956, pada pertama kalinya Malaya menyertai Sukan Olimpik yang berlangsung di Melbourne, Australia. Antara acara yang disertai antaranya sukan renang itu sendiri, Olahraga, angkat berat, menembak dan Hoki. Pada masa itu, persatuan renang Malaysia dinamai ASUM iaitu Amatuer Swimming Union, Malaysia. Pada hari ini, ASUM merupakan antara ahli gabungan badan renang dunia iaitu FINA atau Internationale de Nation Amateur. Selepas daripada itu, Malaya telah menyertai beberapa pertandingan antarabangsa seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan kejohanan Asia.