Peralatan dan Kemudahan

Ø  Pakaian Renang
Pakaian renang merupakan alat yang paling diutamakan. Memilih pakaian sangat penting untuk menentukan keselesaan seseorang untuk berenang.



Ø  Topi Renang
Tujuan topi renang ialah untuk melindungi rambut dari pada tepu atau gugur. Ia juga melindungi rambut daripada kesan klorin. Tujuan lain topi renang ialah untuk memastikan kolam bersih dan mengelakkan daripada sumber penapis tersumbat. Antara tujuan topi renang juga ialah melancarkan diri semasa berenang.



Ø  Goggle atau cermin mata renang
Tujuan goggle ialah untuk melindungi mata daripada serpihan air klorin yang boleh membuat mata menjadi merah. Tujuan lain goggle ialah membolehkan kita melihat dalam air. Dalam amsa yang sama membantu kita meningkatkan teknik berenang.



Ø  Tuala
Tujuan tuala ialah untuk membersihkan diri daripada air klorin yang melakat pada kulit kita selepas dari kolam. Untuk menghilangkan klorin, kita dinasihatkan untuk mandi dahulu selepas naik dari kolam untuk mengelakkan penyakit kulit. 


Ø  Penutup hidung atau nose clip
Tujuan penutup hidung ialah untuk melindungi air masuk kedalam hidung dan membantu orang yang mempunyai masalah hidung. Tujuan lain ialah untuk membolehkan kita member tumpuan untuk melakukan gaya renang.


Ø  Penutup telinga atau Ear plugs
Tujuannya sama seperti penutup hidung. Ia melindungi air masuk ke dalam telinga. Ia juga mengelakkan kita daripada jangkitan telinga. Tujuan lain ialah untuk menjadikan kita lebih selesa dalam air dimana kita akan merasa kelainan semasa berada di air kolam.


Ø  Papan Renang / Kickboard
Ø  Papan renang ialah bantuan flotasi yang digunakan untuk meningkatkan teknik menendang. Ia digunakan pada semua jenis renang terutama pada kuak rangkak, kuak kupu-kupu, dan kuak dada.


Ø  Pull Buoy

   Tujuan Pull buoy adalah untuk meningkatkan pukulan tangan semasa renang.Ø  Alat ini membantu kaki yang sering tenggelam. Alat ini membantu kaki terapung ke permukaan air.

Ø  Kolam Renang / Swimming Pool

     Kolam renang merupakan konstruksi buatan yang disis dengan air untuk orang berenang. Terdapat banyak jenis kolam renang iaitu kolam renang yang digunakan dalam olahraga/sukan kolam renang rekrasi dan kolam renang halaman. Kolam renang kategori sukan berukuran 20 meter melintang dan 30 meter memanjang dan biasanya mempunyai kedalaman 8 meter/kaki. Setiap kolam renang mempunyai peraturan masing-masing yang perlu diikuti oleh pengguna kolam tersebut dan terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh FINA. Kolam renang akan dijaga oleh penyelamat atau life guard untuk menjaga keselamatan awam. Contohnya, menyelamat orang yang lemas.